Wednesday, August 29, 2012

JOSE RIZAL

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda (19 Jun 1861 - 30 Disember 1896) adalah wira kebangsaan Filipina. Beliau adalah seorang yang berbakat. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga merupakan ahli seni pahat, penyair, penulis drama dan pengarang novel. Beliau boleh bertutur dalam bermacam-macam bahasa: Tagalog, Melayu, Cina, Arab, Ibrani, Inggeris, Jepun, Sepanyol, Itali, Portugis, Latin, Perancis, Greek, Russia, Sanskrit dan dialek-dialek Filipina yang lain.


KELUARGA

Jose Rizal merupakan anak yang ketujuh dalam keluarga Francisco Rizal Mercado dan Teodora Alonso dan dilahirkan di dalam sebuah keluarga Cina-Mestizo yang mewah di Calamba, Provinsi Laguna, Filipina. Rizal merupakan keturunan kelima Domingo Lam-co, seorang saudagar Cina yang telah berhijrah ke Filipina dari Amoy, China akhir abad ke-17. Lam-co berumahtangga dengan seorang wanita keturunan Cina-Mestizo, Inez de la Rosa. Untuk melepaskan keturunannya dari polisi perkauman yang dikenakan ke atas penduduk Cina oleh kerajaan Sepanyol yang memerintah Filipina pada masa itu, Lam-co menukar nama keluarganya ke "Mercado". Nama "Mercado" ditukar ke "Rizal" oleh Jose Rizal sendiri, atas nasihat abangnya, Paciano Mercado, supaya kegiatan kemerdekaan yang dijuang oleh Rizal tidak mempunyai implikasi ke atas keluarganya.

KARYA

Jose Rizal terkenal dengan karangan dua novel, Noli Me Tangere (1887) dan El Filibusterismo (1891), kedua-duanya merupakan kritik mengenai penjajahan Sepanyol ke atas Filipina. Buku-buku tersebut bertanggungjawab membangkit semangat persatuan dan identiti kebangsaan di kalangan rakyat Filipina.

Disediakan oleh,
Arina,Pei Yu     

No comments:

Post a Comment