1) perkara yang patut ade pada kepimpinan ialah sikap berlapang dada
2) orang yang bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruahnya dirinya
3) orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang di sukainya
4) seseorang hamba itu begitu jauh dari ALLAH s.w.t apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya
5) takutlah kamu dalam melakukan maksiat kepada makluk ALLAH swt kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya
6) memberikan hujjah kepada si jahil adalah mudah pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujjah tersebut
7)letakkan rahsiamu pada seseorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah di maklumkan kepada seribu orang
8)jadikanlah umur ibarat wang yang diberikan kepadamu sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia
9) orang yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali
10) orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada didalam lubangnya dua kali
oleh: NUR AINUL AFIEQAH BINTI NUZULA
No comments:
Post a Comment