Anda
pernah tinggal di asrama? Biasanya bila di sebut asrama kita akan lebih
fokus semasa berada di bangku sekolah tetapi sebenarnya ia boleh juga
dikaitkan tinggal di asrama semasa menyambung pelajaran di matrikulasi
atau universiti.
Namun,
mungkin jengkel jika di sebut asrama bagi pelajar universiti, kerana ia
lebih sinonim kepada kolej dan dan rumah sewa. Apa pun, untuk blog
entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mengenai kelebihan tinggal
di asrama berbanding sekolah harian biasa.
Setelah
tamat pengajian sekolah rendah, aku mengambil keputusan untuk tinggal
di asrama. Banyak faktor mendorong aku tinggal di asrama, termasuklah
pada waktu itu abang dan kakak aku dah masuk asrama jadi aku berasa
sunyi kat rumah.
Peringkat
awal, memang susah juga nak sesuaikan diri. Kalau sebelum ini baju
telah disedia basuh, makanan mengikut selera tapi tinggal di asrama
tidak lagi. Semuanya kena buat sendiri dan perkara ini boleh menjadi
pelajaran pertama untuk hidup berdikari.
Selain
itu, pembelajaran lebih tersusun dan mendidik pelajar lebih
berdisiplin. Melalui jadual waktu pembelajaran yang di tetapkan - kelas,
prep petang dan malam - pelajar memiliki tempoh pembelajaran yang lebih
teratur dan seimbang. Kalau takde, memang jangan harap la nak study dan siapkan kerja sekolah terutama orang yang malas macam aku, :D
Aku
rasa juga, rata - rata individu yang pernah tinggal di asrama (termasuk
aku) kurang mengalami "kejutan budaya" ketika melangkah ke alam
pengajian tinggi. Kejutan ni termasuklah gaya hidup, berjauhan dengan
keluarga dan lain - lain. Melainkan individu tu memang senang nak
sesuaikan diri, aku tak rasa ia masalah besar.
Kelebihan
lain jika tinggal di asrama ialah prestasi pembelajaran akan meningkat.
Aku sendiri mengakui suasana pembelajaran yang baik, tengok orang lain
pulun study, akan berasa janggal kalau tak study sama. Senang untuk
mengulangkaji bersama, membuat latihan dan bersoal jawab.
Point
yang terakhir ni mungkin bukan untuk semua orang, tapi bagi aku ia
penting. Tinggal di asrama boleh mengurangkan kos ibubapa. Yuran hanya
bayar sekali je untuk setahun dan diorang tak perlu pikir dah wang saku
harian, pengangkutan dan lain - lain perbelanjaan harian. Rezeki aku,
dapat biasiswa dan aku gunakan untuk membayar yuran sepenuhnya.
Jadi
aku rasa ini je pengalaman yang aku nak kongsikan mengenai kelebihan
tinggal di asrama berbanding sekolah harian biasa. Tajuk mungkin nampak
macam debat di sekolah, atau karangan fakta tentang kelebihan dan
kekurangan tinggal di asrama, tapi niat aku untuk menceritakan
pengalaman.
Pelajar tidak di sarankan menyalin artikel ini, melainkan anda mengolah mengikut kesesuaian. :D Terima kasih membaca.
By : Izzat Ishiro And Darwis Aiman . PEACE NO WAR :D
No comments:
Post a Comment