Monday, October 3, 2011

Tun Dr.Mahathir Mohammad

Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir

Oleh: F1sh cat (izzati)
Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr. Mahathir juga pernah mengambil tindakan berani yang mengejutkan ramai pihak dengan membubarkan UMNO untuk menyelamatkan politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah parti baru yang dinamanak UMNO Baru yang dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.
Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan.

No comments:

Post a Comment