GEOGRAFi .,.,

Kawasan Gurun Panas

Kawasan Gurun Panas


(Buku teks m/s 153)

Apakah Gurun Panas?
Gurun panas ialah sebuah kawasan bumi tandus akibat daripada kepanasan melampau dan kekurangan hujan.

Apakah Kawasan Gurun Panas?
Kawasan Gurun Panas merupakan kawasan yang panas dan kering sepanjang tahun.

Ciri-ciri kawasan Gurun Panas:
-Suhu waktu siang sangat panas manakala suhu waktu malam sangat sejuk.
-Suhu waktu siang: 38ºC hingga 44ºC
-Suhu waktu malam: 10ºC
-Hujan jarang turun
-Hujan tahunan hanya 250 mm

Senarai Gurun yang terkenal
Gurun Sahara – gurun panas terbesar di dunia, terletak di Afrika
Gurun Great Basin -gurun terbesar di Amerika Utara , terletak di barat Amerika Syarikat
Gurun Gobi- gurun di Mongolia
Gurun Karakum- gurun besar di Asia Tengah. Dikenali sebagai Garagum dalam bahasa Turkmen dan Karakumy dalam bahasa Rusia.
Gurun Thar- gurun di antara India dan Pakistan
Gurun Kalahari- gurun di selatan Afrika