Sunday, September 30, 2012

Kampungku Kampung Baru :)

 Aku ingin berkongsi cerita tentang kampung tercinta <3 Inilah sedikit sebanyak tentang kampungku. Kampung Baru  :)

Kampung Baru Semenyih terletak 6 km dari Kajang. Komunis memang aktif dan agresif di sini berbanding kawasan-kawasan lain. Penduduknya didatangkan dari Kampung Mantin, Kachau, Broga dan penduduk asal Semenyih dan lain-lain. Penduduknya meningkat kepada 2000 orang.
Tetapi hanya 220 buah rumah dibina untuk penduduk asal Semenyih. Klinik kesihatan, jalan raya, saliran dan sekolah telah disediakan. Sebuah koperasi turut diadakan dengan 11 ahli paling awal dan saham RM1,100 dikumpulkan. Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee'.
Masalah penyakit dan hospital yang jauh menjadi masalah utama. Oleh itu kerajaan telah menyediakan dispensari kekal yang lengkap dengan pembantu hospital, bidan dan sebagainya.
Bilik darjah tidak mencukupi di Sekolah Sin Min kerana bilangan penduduk Kampung Baru Semenyih yang bertambah ramai. Oleh itu Sekolah Rendah Cina Kampung Baru Semenyih telah dibina berhampiran dengan kampung baru ini. Kerajaan melalui MCA memberi RM2000 untuk membina sekolah baru ini.
Pada tahun 1950, makanan yang telah dimasak boleh dibeli di bilik memasak di Kampung Baru Semenyih. Ini kerana catuan makanan masih boleh disalurkan keluar kepada komunis. Sistem Nasi Kawah diperkenalkan. 5 buah bilik masak dibina berdekatan dengan Pusat Kegiatan Guru Semenyih, sekarang ini.
Seramai 2400 murid telah bersekolah di sekolah Cina Semenyih pada tahun tersebut.
Pada tahun 1952, penoreh getah wanita telah diancam oleh pengawal kampung di Kachau Gate, Broga Gate, Kajang Gate dan Bangi Gate. Di Kachau Gate, pakaian penoreh getah wanita Cina sengaja dibuang ke tempat yang jauh dari pada pusat pemeriksaan. Mereka terpaksa bertelanjang bogel di subuh hari itu untuk mengambil semula pakaian mereka. Ini menimbulkan kemarahan penduduk dan kes ini dibawa ke peringkat atas sehingga ke Parlimen di London. Akhirnya mereka yang terlibat telah dihadapkan ke mahkamah tinggi.
1952 kerajaan telah membina perigi-perigi di Kampung Baru Semenyih kerana tidak mempunyai saluran air paip. Sementara yang lain membina perigi sendiri. Kampung Baru 9, Hulu Langat Kerajaan membina pagar dawai berduri dan dua pintu pagar dengan kos RM20,000 pada tahun tersebut.
1954 Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee.
24 April 1954 perpustakaan awam Kampung Baru Semenyih telah dibuka secara rasmi oleh Mr Michael Gorrie selaku Pegawai Daerah Hulu Langat. Perpustakaan yang dimaksudkan ini mungkin yang terletak berdekatan dengan pasar Kampung Baru Cina Semenyih dan Gereja Lutheran Semenyih.
Pihak Lembaga Elektrik Tengah telah memasang lampu-lampu elektrik di Kampung Baru Semenyih. Sebelum ini mereka bergantung kepada lampu gasolin dan lilin sahaja.

No comments:

Post a Comment