Tuesday, September 28, 2010

Apa itu Facebook-by Farizuan

Apa itu Facebook?
Facebook merupakan sebuah jarigan sosial (sosial networking)i dunia. Sejarah penemuan facebok dimulakan oleh Mark Zuckerberg ketika beliau sedang mengikuti pengajian di Universiti Harvard . Pada waktu itu kumpulan pengguna dari halaman ini adalah terhad kapada pelajar-pelajar universiti Harvard dan diluaskan lagi kepada beberapa universiti di sekitarnya. Halaman ini dilancarkan 4 Februari 2004 dan sekarang telah memiliki lebih dari 100 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

KEISTIMEWAAN

Facebook
Diantara beberapa keistimewaan facebook ini jika dibandingkan dengan halaman sosial yang lain ialah:

1.Pilihan rangkaian kenalan.
Pengguna facebook boleh memilih rangkaian utama bagi berdasarkan kepada negara. Dengan kelebilan, pengguna dengan mudah mencari teman atau kenalan yang berada di negara tertentu.
2.Tiada iklan
Facebook mempunyai keistimewaan pada bahagian hadapan (skrin) untuk mengiklankan sesuatu tanpa disedari oleh pengguna.
3.Kumpulan sosial
Berbeza dengan jaringan sosial yang lain seperti Friendster yang mengkehendaki pengguna mendaftar akaun bagi komuniti sosial terlebih dahulu, dengan facebook pengguna boleh membuat kumpulan tertentu bagi membentik komuniti secara dalam talian seperti pembincangan ,perkongsian gambar-gambar dan lain-lain
4.Album gambar
Dengan kemudahan ini, pengguna dapat membuat koleksi gambar berdasarkan kapada aktiviti atau lokasi dan bilangan gambar yang dimasukkan tidak terhad.
5.Merakam aktiviti
Pengguna facebook boleh merakam segala aktiviti yang dilakukan untuk tujuan tatapan pengguna facebook yang lain seperti acara sambutan hari jadi,pelancaran produk perniagaan atau alummi yang mempelawa pengguna lain bagi menghadiri acara tersebut.
6.Status terkini pengguna
Pengguna boleh memberitahu kepada pengguna yang lain mengenai aktiviti harian dengan menulis apa sahaja yang difikirkan terlintas dalam minda dengan menulis dalam ruangan "What's on your mind"
7.Capaian mudahalih
Pengguna juga boleh mengemaskini status,menambah kenalan atau kegiatan didalam facebook melalui telefon dengan menghantar melalui sistem pesanan ringkas atau SMS

No comments:

Post a Comment