Tuesday, September 28, 2010

YANG MULA PASTI AKAN BERAKHIR......

Jika kita berjalan pasti kita ada destinasinya.Jika kita bercakap pasti ada mendengarnya.Jika kita makan pasti ada kenyangnya.Jika kita hidup pasti ada matinya.Itulah maksudnya yang mula pasti akan berakhir @ ada titik noktahnya.

Tapi kadang2 kita tak tahu bila kita akan berhenti setelah kita bermula.Kita sendiri tidak pasti apa yang bakal berlaku setelah kita bermula.Ada diantara kita tahu bila perlu berhenti diatas sebab2 tertentu.Malngnya ada yang tidak mahu berhenti untuk membuat maksiat dan dosa.Jika kita tidak mahu berhenti membuat pahala dan kebajikan tidak mengapa tetapi janganlah tidak mahu berhenti berbuat dosa kerana ALLAH memberilan kita kuasa memilih jalan apa yang kita mahu.Malangnya jika kita memilih jalan yang negatif.

Jika kita dipanjangkan usia dan dapat bersama cucu dan cicit kita,ALHAMDULILLAH...kita juga harus ingat kita akan sampai juga titik noktahnya.Ada yang hanya berusia 20 tahun sudah dijemput ALLAH dan ada juga yang sudah berusia 80 tahun masih hidup di bumi ALLAH.Lambat @ cepat kita pasti akan di jemput tetapi tahukah bila masanya dan dimana??Kita tidak tahu jawapannya kerana semuanya di tangan ALLAH tetapi ramai di antara kita yang masih berbuat maksiat dan dosa dengan kata"tak pe nanti boleh taubat"tapi persoalannya"sempat ke??"

"Saya ada rakan yang meninggal pada usia 20an dan 30an.Mereka semua tidak tahu bila mereka akan mati dan saya tidak tahu adakah mereka bersedia."Ingat mati bukanlah untuk menjadi jumud dan dangkal tetapi untuk meningkatkan semangat bekerja dan berusaha supaya apa yang kita tinggalkan turut mendoakan kita semasa di alam BARZAKH..Namun itu semua ditentukan ALLAH kerana dengan rahmat ALLAH sahaja kita boleh selamat di akhirat kelak.Ikhlaskan hati dalam tindakan dan perbuatan kerana ALLAH akan membalasnya..

Jujurlah,bertanggungjawab,bina wawasan,disiplin diri dan hati,bekerjasama dengan semua,adil kepada semua dan prihatin dengan sesiapa sahaja.Agar kita hidup bahagia dunia dan akhirat.AMIN...
Go to fullsize image

P/S:INGAT MATI SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN!!!




CREATED BY:AINA N AIDA

No comments:

Post a Comment