Wednesday, September 29, 2010

TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN


Teknik dan strategi berkesan untuk belajar adalah elemen-elemen yang perlu diberikan penekanan di dalam cara belajar berkesan untuk berjaya di dalam peperiksaan. Belajar dan mengulangkaji secara interaktif menerusi internet adalah teknik belajar terkini yang menjadi alternatif kepada teknik yang sering digunapakai seperti tusyen dan belajar sendiri.



Belajar secara interaktif menerusi internet didapati lebih berkesan berdasarkan 3 faktor yang berikut:


1. Ia lebih menarik minat dan dapat mengurangkan kebosanan belajar kerana pelajar dapat berinteraksi dengan bahan yang dipelajari tanpa merasa tertekan atau dipaksa.

2. Ia dapat mengekalkan tumpuan  pelajar dalam jangkamasa yang lebih lama terhadap subjek yang sedang diulangkaji. Apabila kurang tumpuan belajar dapat dielakkan, pelajar akan menghayati saat mengulangkaji dengan sepenuhnya dan tahap pembelajaran akan lebih meningkat.

3. Waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Pelajar tidak perlu terikat dengan jadual yang rigid kerana masa belajar boleh disesuaikan mengikut mental dan fizikal pelajar setiap hari.
Belajar secara interaktif adalah lebih berkesan kerana ia lebih menarik minat, dapat mengekal tumpuan dan lebih fleksibel dari segi masa.


BY:FARAH ATIKAH

No comments:

Post a Comment