Tuesday, September 28, 2010

Supreme Commander 2


Go to fullsize image 

Supreme Commander yang asli amat besar dalam strategi masa nyata dengan peperangan yang hebat. Supreme Commander 2 adalah lebih kepada pengalaman dengan keputusan strategik dan robot pembunuh gergasi. Permainan ini menyediakan mod permainan seperti assassination , supremacy , dan infinite war.
  Supreme Commander 2 menyediakan 21 peta multi pemain termasuk beberapa peta popular daripada permainan pertama seperti Seton 's Clutch. Multi pemain versi PC boleh menampung sehingga 8 pemain yang menerusi Steam dengan sokongan senarai rakan, tangga ranking, dan pantauan statistik. Supreme Commander 2 ada peta keadaan, kabus perang, kelajuan permainan berubah-rubah dan kedudukan rawak musuh. Al dalam permainan ini berfungsi dengan baik dan cekap malah ia berubah menurut keagresifan lawan.
  Dalam multi pemain anda akan mila pada 2 nod dengan 2 unit ACU. tugas pertama anda adalah untuk membina bangunan besar dekat 2 nod itu secepat yang mungkin.
  Supreme Commander 2 menawarkan 5 trek penyelidikan yang berbeza, 3 daripadanya terikat terus dengan pembangunan ketenteraan. Pembinaan asas bergantung pada rupa bentuk bumi dan keupayaan mendapatkan unit tertinggi dalam setiap trek. Pilihan yang dibuat hendaklah dirancang, dipilih dan ini akan membolehkan anda mendahului musuh anda apabila tiba masa yang kritikal.
  Tindakan strategi masa nyata yang traditional biasa adalah satu fungsi pengurusan mikro yang mudah dan mengorbankan askar anda bagi mendapatkan maklumat. Dalam Supreme Commander 2 anda boleh membina bangunan termaju seperti rada dan station sonar bagi mengesan musuh secepat mungkin.
  Kemudian terdapat rada tambahan dan juga bonus berasaskan visi seperti trek udara UEF, bom kamera yang boleh diletupkan dengan jangka masa. Keutamaan maklumat membolehkan anda membuat penyelidikan seterusnya bagi membina sesuatu yang sesuai untuk situasi semasa. Semua trek ada tambahan perlindungan seperti kuasa perlindungan peribadi untuk anda gunakan di udara, darat, dan laut.
  Supreme Commander 2 menawarkan kepermainan yang menarik dan penuh strategi. Ia sama seperti Supreme Commander 1 tetapi beberapa penyingkatan telah dilakukan dan ia adalah untuk lebih baik. Malah perubahan dilakukan di atas beberapa aspek yang tidak disukai oleh pemain. Kawalan secara mudah dan idea melakukan pembangunan berasaskan kepentingan sendiri membuatkan Supreme Commander 2 lebih berani dan menarik. Anda boleh bermain dalam pelbagai cara dan ini membuatkan permainan ini tidak bosan dan pendek.

created by:nur aini fatihah azani

No comments:

Post a Comment