Tuesday, September 28, 2010

Tips ibu bapa mengawal penggunaan kamera web di kalangan anak-anak

Kamera web mungkin sekadar perkakasan @ peralatan yang digunakan untuk persidangan video @ sembang talian bagi servis suara percuma seperti SKYPE di internet.Bagaimanapun,sepertimana yang anda boleh bayangkan,kamera web juga mampu mengundang bahaya kepada ibu bapa yang ingin melindungi keselamatan anak2 mereka.
Pertamanya,di luar ibu bapa begitu menitik-beratkan dengan siapa anak2 mereka berhubung @ berkomunikasi terutama dengan orang asing meskipun dalam apa jua medium.Menerusi teknologi dan aplikasi yang begitu banyak di internet masa kini dan di tambah pula dengan kewujudan kamera web dalam situasi ini,bahaya ini juga boleh berlaku di rumah sendiri.
Anak2 boleh mengambil gambar pegun @ video yang pada mulanya sekadar"suka2"namun akhirnya terjerat dangan aktiviti salah laku tanpa disedari.Malah mereka juga boleh terdedah kepada bahaya berkomunikasi dengan individu yang dapat menyerang,menggangu @ mengancam dalam apa jua bentuk.
Oleh itu,ibu bapa perlu sentiasa pastikan bahawa anak2 mereka tidak berkomunikasi dengan orang asing @ mungkin pemangsa kanak2.Salah satu cara terbaik untuk mengelak perkara ini daripada berlaku ialah dengan memastikan kamera web berada di kedudukan @ tempat biasa yang boleh dilihat dan dipantau oleh ibu bapa.Atau ibu bapa juga boleh tetapkan syarat penggunakan kamera web hanya boleh dibuat dengan pengawasan ibu bapa @ orang dewasa lain berdekatan.
Dari segi kerja pula,kamera web telah menjadi salah satu perkakasan komputer terpenting.Ia menyediakan pengalaman persidangan interaktif,jarak jauh dan diperkaya.Jika kita boleh katakan kelebihan menggunakan kamera web adalah melebihi daripada risiko bahayanya,mengapa kita perlu berhenti?Oleh itu jangan sekat penggunaan kamera web,sebaliknya kami sarankan beberapa tip mudah berikut:
Go to fullsize image
*MATIKAN KAMERA WEB DAN TUTUP DENGAN PENUTUP LENSA APABILA TIDAK MENGGUNAKANNYA.
*LETAKKAN KAMERA WEB DI TEMPAT TERBUKA SEPERTI RUANG TAMU RUMAH BERBANDING MEMBIARKAN ANAK2 MENGGUNAKANNYA SECARA PERIBADI DI BILIK.
*JANGAN BIARKAN ANAK ANDA GUNAKAN KAMERA WEB UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG LAIN YANG TIDAK MEREKA @ ANDA KENALI SECARA DEKAT.
*INGATKAN ANAK2 AGAR TIDAK RESPON KEPADA IM,EMEL,ATAU PERMINTAAN KONTAK DARIPADA INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI.
*JAUHKAN KAMERA DARIPADA MAKLUMAT YANG SANGAT PENTING DAN PERIBADI MISALNYA MENEMPATKAN KAMERA DI BAHAGIAN YANG BOLEH MENAMPAKKAN NOMBOR RUMAH.

CREATED BY:AIDA N AINA

No comments:

Post a Comment